Provinsi di China

Provinsi[1] (Bahasa Cina: 省; pinyin: shěng) iaitu bahagian pentadbiran peringkat pertama negara Republik Rakyat China.[2] Secara teori, pembahagian ini juga diterapkan dalam kawasan diperintah Republik China (ROC) untuk pulau Taiwan, itupun peranannya kian pudar.Kini Republik Rakyat China mentadbir 22 wilayah, daripada sejumlah 33 bahagian peringkat wilayah, serta juga menuntut, tetapi tidak mentadbir, wilayah yang ke-23 iaitu Taiwan. Republik China di Taiwan mentadbir dan mengawal seluruh Taiwan, serta juga beberapa buah pulau di luar pesisirnya, termasuk Kinmen dan Matsu (di bawah pentadbiran wilayah ORC Fujian) yang berdekatan wilayah Fujian di Republik Rakyat China serta juga ibu negeri Taipei dan perbandaran Kaohsiung.Dalam Republik Rakyat China, setiap wilayah mempunyai satu majlis wilayah Parti Komunis China yang diketuai seorang setiausaha. Setiausaha majlis ini lebih bertanggungjawab terhadap wilayah berbanding gabenor kerajaan wilayah.

Provinsi di China

Transliterasi
Transliterasi
- Wylie:zhing chen